Sunday 30 October 2011

Program Pemantauan MBMMBI

Pengenalan MBMMBI

 

Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2011, mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2010 bertarikh 25 Januari 2010. Strategi utama memartabatkan bahasa Malaysia melibatkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.


Manakala strategi utama memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris, penyediaan guru dan bahan yang mencukupi lagi berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil. 4/2010 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 28 September 2010 telah memutuskan supaya pemantauan pelaksanaan Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011.

No comments:

Post a Comment

MBMMBI

LAMAN MIKRO MBMMBI

25th October 2010



Klik di sini untuk memasuki laman mikro MBMMBI.
[Lagi]