LOGO SEKOLAH |
KATA - KATA ALUAN
Dalam masa kita giat meningkatkan prestasi dari segi akademik dan bukan akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk membentuk masa hadapan negara ini. Oleh itu, mereka perlu dibimbing sebaik-baiknya, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani, emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara, maka kami haruslah berusaha mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan kami untuk mengenalpasti serta bertindak terhadap pelbagai cabaran dan perubahan dari dalam dan luar sistem pendidikan, lalu membina perancangan untuk mencapai wawasan sekolah.
Setiap anggota sekolah adalah penggerak yang paling utama dalam memaksimakan hasil dari program-program yang dirancang. Justeru itu, saya berharap kerjasama sepenuhnya dari semua guru dan kakitangan sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan perkhidmatan. Setiap warga sekolah perlu bermuafakat dan mendokong misi dan visi sekolah yang jelas ke arah menjayakan perancangan dan wawasan sekolah.
Objektif perancangan sekolah adalah menyediakan strategi-strategi untuk meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dari segi kualiti dan kuantiti dalam segala aktiviti pembinaan insan ke suatu tahap yang tinggi dan cemerlang.
Saya merakamkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap anggota sekolah yang berusaha dengan gigih. Semoga kita memperolehi kejayaan jua.
Sekian, terima kasih.
VISI SEKOLAH
SJK ( C ) WEN HUA Menjadi Sekolah Cemerlang Di Melaka Pada 2010
MISI SEKOLAH
Untuk menjadikan sekolah cemerlang di Melaka, warga sekolah akan berusaha :
- Memastikan pencapaian kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang.
- Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
- Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa seluruh pelajar.
- Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
MOTO SEKOLAH
- Berakhlak
- Berilmu
- Berusaha
- Berani
No comments:
Post a Comment